SURE RETURN CORPORATION SDN BHD

TESTIMONI

Home | PEMIMPIN | PEMASARAN | PRODUK | TESTIMONI | KEAHLIAN

 

 

Astma

Sebelum saya mengamalkan JUS CENKUDU dan KOPI CENKUDU, tekanan darah saya ialah 180/90. Saya ada menggunakan ubat hospital, klinik dan farmasi selama 4 tahun, tetapi penyakit ini tidak juga sembuh. Sekiranya saya tersalah makan, tekanan darah akan naik. Setelah saya diperkenalkan JUS CENKUDU dan KOPI CENKUDU, selang beberapa hari tekanan darah saya mula turun. Pada peringkat awal penggunaan produk ini, berlaku tindakbalas penyembuhan di mana badan saya terasa sakit dan kepala saya bertambah pening. Atas nasihat Encik Bakri, saya terus mengamalkan produk ini. Setelah mengamalkannya selama sebulan, tekanan darahn saya telah kembali normal. Selain itu saya juga mengalami penyakit athma selama 11 tahun. Apabila athma saya datang, saya merasa sesak nafas sehingga memerlukan bantuan  pernafasan. Kini, Alhamdulillah, saya telah pulih. Saya tidak lagi sakit kepala yang memusingkan, lenguh-lenguh bahagian tengkuk dan selera makan pun bertambah dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Sekarang saya bebas untuk makan makanan kegemaran saya tanpa berpantang.

ANUAR BIN HAJI HANAFI (28 tahun)
Sandakan, Sabah

Resdung / Jerawat

Saya telah mengalami masalah resdung yang berpanjangan selama 3 tahun dan masalah jerawat yang serius sehingga saya berasa malu untuk bergaul dengan masyarakat mengenangkan muka saya yang ditumbuhi jerawa batu. Sudah puas saya berikhtiar dengan berjumpa doktor di klinik, hospital dan farmasi untuk rawatan penyakit saya dan telah banyak memakan ubat-ubatan samada dalam bentuk tablet, kapsul dan cecair dan berbagai bentuk dan warna. Saya juga telah cuba menggunakan rawan secara tradisional. Namun saya tidak juga sembuh. Namun, saya mengganggap ini sebagai ujian dari Yang Maha Kuasa. Walaupun begitu, semangat saya tidak luntur. Akhirnya saya telah diperkenalkan oleh ipar saya sendiri iaitu Encik Ahmad  dengan produk yang cukup berkesan untuk merawat penyakit saya. Sekalipun tidak menaruh harapan yang tinggi saya tetap mencuba sebagai ikhtiar sambil bertwakkal kepada Ilahi. Setelah saya mengamalkan produk JUS CENKUDU dan UBAT GIGI CENKUDU untuk muka saya yang berjerawat selama dua bulan, tanda penyembuhan telah berlaku seperti kurang bersin dan jerawat di muka saya mula kering. Saya mengamalkan sehingga kini dan Alhamdulillah penyakit saya telah sembuh. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad kerana telah memperkenalkan produk yang mujarab ini.

ABU AMAR (Hafiz Al-Qur'an)
Sabah

Encik Mohamad Isa Mohamad, dari Klang, Selangor adalah penghidap penyakit koronari jantung sejak 1999. Selain itu beliau juga penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau sering mengalami masalah kebas-kebas kerana perjalanan darahnya yang kurang baik. Beliau telah menghabiskan ribuan ringgit untuk perubatan penyakit yang dialaminya. Berjenis-jenis ubat hospital dan yang dijual oleh syarikat jualan langsung telah diambilnya tetapi tidak berkesan.

Beliau telah mengamalkan air dari penapis SURECO SEVEN dan mengamalkan JUS CENKUDU bermula 8/3/2003. Setelah mengamalkan air Sureco Seven kira-kira 6 botol besar sehari  dan minum 2 sudu Jus Cenkudu  sebelum makan. Kini, doktor telah mengesahkan beliau bebas dari penyakit yang dialaminya sebelum ini.

Kencing manis

Puan Rabuah Abd Latip dari Sungai Payung, Perak, adalah penghidap penyakit kencing manis (diabetes). Beliau pernah dimasukkan ke hospital (28/1/2002) akibat tapak kakinya yang teruk bernanah setelah terpijak kulit kerang. Kesan luka tersebut merebak sehingga memakan hampir separuh tapak kakinya. Pada 28/2/2002 beliau telah keluar dari hospital dalam keadaan kakinya masih belum pulih dan masih bernanah teruk. Ubat yang dibekalkan tidak dapat merawat kakinya dari terus bernanah. Keadaan bernanah hampir memakan seluruh tapak kaki beliau.

Beliau kemudiannya mencuba produk Sureco iaitu UBAT GIGI CENKUDU dan JUS CENKUDU. Beliau menggunakan ubat gigi tersebut untuk merawat bahagian luar luka dikakinya dengan menyapu ubat gigi Cenkudu pada bahagian tersebut dan kemudiannya dibalut dengan kain pembalut. Selain itu beliau juga mengamalkan Jus Cenkudu dan sebelum habis sebotol jus tersebut, kakinya sudah mula mengering. Beliau terus mengamalkan Jus Cenkudu dan pada hari ini, doktor telah mengesahkan bahawa beliau telah bebas dari sakit kencing manis.

 

Encik Arshad bin Idris, 58 tahun dari Padang Besar, Perlis, telah menghidap penyakit kencing manis selama 16 tahun iaitu sejak 1986. Selain itu, beliau juga menghidap penyakit darah tinggi, lemah jantung, buah pinggang, migrain sehingga mata menjadi kabur dan bengkak kaki dan alat kelamin. Pada tahun 1993 taha penyakit beliau menjadi sangat teruk sehingga telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU)  sebanyak 3 kali dan mengalami koma. Mengikut pandangan doktor yang merawatnya, beliau hanya mempunyai peluang 50/50 untuk sembuh. Beliau telah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan tradisional dan moden bagi merawat penyakitnya itu tetapi penyakit beliau tidak mahu sembuh, bahkan bertambah teruk. Beliau juga pernah mendapatkan rawatan di Indonesia, tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan.

Pada awal Jun 2002, beliau telah diperkenalkan dengan Spirulina keluaran SURECO dan setelah mencuba sebanyak dua botol Spirulina selama dua minggu  dengan dos 2 sudu, 4 kali sehari, beliau dapat merasakan penyembuhan pada semua penyakitnya dan mendapati pergerakan beliau menjadi ringan dan beransur pulih. Setelah mengamalkan 10 botol Spirulina Sureco, doktor telah mengesahkan bahawa tahap kesihatan beliau telah pulih sepenuhnya.

Beliau, yang dulunya sakit teruk, kini mampu mengangkat sekampit gula dan tepung sekali gus dan amat menakjubkan isteri-isteri dan anak-anak beliau. Beliau mengesyorkan semua warga Malaysia agar mengamalkan Spirulina keluaran SURECO untuk penjagaan kesihatan yang sempurna.

Saya telah menghidap penyakit darah tinggi selama 15 tahun dan masalah penghadaman yang menyakitkan apabila saya buang air besar (tidak lancar). Saya telah mengalami sakit kepala yang memusing dan terasa berat, lenguh bahagian badan, kurang selera makan dan sukar tidur malam. Pelbagai rawatan hospital dan klinik telah saya cuba, namun penyakit saya tidak menampakkan penyembuhan walaupun banyak wang telah dibelanjakan untuk membeli ubat yang berkaitan dengan penyakit saya. Alhamdulillah saya telah diperkenalkan dengan satu produk yang sangat mujarab iaitu JUS CENKUDU keluaran SURECO oleh Encik Jumadil bin Andi Sekandar. Pada mulanya saya kurang yakin dan tidak percaya, tepati setelah diyakin oleh Encik Jumadil, saya telah membeli sebotol jus cenkudu sebagai ikhtiar. Saya telah mengamalkan dengan dos yang kecil iaitu satu sudu untuk minggu pertama setiap hari 30 minit sebelum sarapan pagi dan 2 sudu pagi dan 2 sudu malam pada minggu berikutnya. Saya disyorkan untuk minum banyak air. Sebulan kemudian, saya telah membuat pemeriksaan doktor dan didapati tekanan darah saya telah kembali normal dan masalah penghadaman saya telah beransur-ansur pulih. Sungguh menggembirakan apabila saya menerima berita tersebut. Saya masih mengamalkan produk tersebut sehingga ke hari ini. Selain itu, sakit kepala saya tiada lagi dan badan saya terasa segar, dan saya dapat membuang air besar dengan mudah.

BARIAH BINTI KANKUNG (43 tahun)
Sandakan, Sabah

Gout

Encik Mohd Isa Talib dari Bagan Datoh, Perak, mengalami sakit gout selama 15 tahun. Selain itu, beliau juga menghidap sakit kencing manis dan darah tinggi. Kesan dari penyakit goutnya yang menyakitkan, beliau sering mengambil ubat penahan sakit (pain killer) yang akhirnya menyebabkan kesan sampingan iaitu penyakit buah pinggang.

Semasa penyakit gout yang dihidapi di peringkat yang paling teruk, beliau telah terlantar selama kira-kira 4 bulan. Pada masa yang sama beliau menghadapi muntah yang berwarna hitam.  Pelbagai ubat telah dicuba untuk memulihkan penyakitnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan, sehingga beliau hilang keyakinan untuk sembuh.

Apabila disyorkan oleh adiknya, Encik Mohd Isa telah mencuba JUS CENKUDU Sureco. Setelah menghabiskan kira-kira 2 botol Jus Cenkudu, beliau tidak melihat sebarang perubahan. Atas nasihat adik beliau, beliau telah meneruskan mengambil Jus Cenkudu sehingga suatu ketika beliau sering muntah, sebagai tindakbalas Jus Cenkudu yang telah diambilnya. Setelah 3 bulan mengambil Jus Cenkudu, beliau sudah mula boleh mengiring sendiri dan bangun dengan bantuan isterinya. Setelah mengamalkan Jus Cenkudu secara berterusan, beliau telah mula boleh berjalan menggunakan tongkat.

Kini, Encilk Mohd Isa telah pulih dan boleh bekerja semula dan juga memandu kereta. Makanan, seperti kacang dan daging yang selama ini pantang untuknya, sudah tidak menjadi masalah baginya.

 

Ulasan

Penyakit gout biasanya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas.  Mereka yang diserang penyakit gout biasanya mengalami kesakitan dan radang di bahagian sendi seperti jari, pergelangan kaki, lutut dan siku. Penyakit ini adalah disebabkan oleh asid urik yang tinggi di dalam tubuh seseorang yang akhirnya akan mendap pada tisu dan sendi tubuh. Mendapan ini akan bertukar menjadi kristal (crystallized) yang menyebabkan kesakitan. Sel darah putih yang cuba memakan kristal tersebut akan menyebabkan radang, bengkak dan berdenyut. Mereka yang tidak tahan kesakitan sering mengambil pain killer untuk meredakan kesakitan. Malangnya amalan mengambil pain killer akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Mereka yang menghadapi gout dinasihatkan mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh menghasilkan asid urik yang biasanya dari makanan yang berprotin tinggi seperti daging dan kekacang. Pesakit gout dinasihatkan minum banyak air bagi melarutkan dan mengeluarkan asid urik melalui pembuangan air kencing. Untuk rawatan, pesakit dinasihatkan mengambil JUS MENGKUDU, JUS CENKUDU dan SPIRULINA.

Enter supporting content here

Ingin mengempiskan perut..........minumlah kopi cenkudu..........sure........nye.......